KENALI SILLA™️

SILLA™️

Bukan sahaja selesa, malahan sebagai alternatif mendidik kta menyelamatkan tulang belakang bawah daripada sakit yang menyebabkan aktiviti harian tidak dapat dilakukan dengan lebih selesa.


PENJAGAAN TULANG BELAKANG

Kenapa penting untuk menjaga tulang  belakang?

- Penjagaan tulang belakang adalah penting bagi mengurangkan masalah seperti sakit belakang, sakit tengkuk, rasa letih lesu serta kita merasa sihat cergas dan berkeyakinan.


Apakah cara untuk menjaga tulang belakang?

- Satu cara yang paling penting adalah dengan menjaga postur duduk kita. Postur duduk yang salah apabila melakukan aktiviti ini boleh mengakibatkan sakit belakang yang berpanjangan.


Mengapakah penting untuk mempunyai postur duduk yang baik?

- Postur duduk yang baik adalah penting untuk kesihatan fizikal dan mental kita. Dengan postur duduk yang baik, kita dapat mencegah penyakit fizikal seperti sakit belakang dan ketegangan leher kerana dapat membantu melindungi otot dan tulang belakang dari strain (tegang) dan stress (tekanan)

SILLA™️ PREMIUMadalah segmen khas buat kumpulan sasaran yang mahukan kerusi sebegini berada bersama-sama semasa melakukan aktiviti duduk supaya lebih selesa dan santai.

Apabila bersama keluarga, premiumnya kerusi sebegini ianya multi-fungsi. Boleh duduk dan bersandar tidak kira di ruang tamu, bilik mahupun dapur atau dimana-mana ruang yang boleh disesuaikan.

Kegunaan yang multi-fungsi itu juga boleh digunakan di luar rumah seperti di pejabat. Lebih selesa sebenarnya kerusi tanpa kaki ini digunakan bersama di kerusi pejabat.

Warna lembut Rose Pink dan Tiffany Turquoise adalah segman khas yang dikeluarkan sempena keluaran pertama untuk model SILLA™️ PREMIUM.

        •  TIffany Turquoise                                                                Gambaran luas pada ruang dan warna yang damai
        •  Rose Pink -                                                                              Gambaran kasih sayang sesama manusia.

Bersama pemilihan warna ini, kami yakin matlamat kami untuk menyebarkan kasih sayang melalui SILLA™️ PREMIUM ini, dapat dirasai sendiri oleh individu kumpulan sasaran kami. 

            PENGGUNAAN

     KUSIKU® MODEL           SILLA™️ PREMIUM


Kami ingin membantu meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa pentingnya menjaga postur duduk walaupun di mana sahaja mereka berada. Tanpa kita sedari, duduk adalah aktiviti paling banyak dilakukan (kiraan masa 12 jam sehari), berbanding aktiviti berdiri dan tidur.


Bagi dewasa, tempoh kita tidur adalah sekitar 5 hingga 6 jam sahaja sehari. Untuk tidur sahaja, kebanyakkan daripada kita sanggup labur lebih dari RM1,000 untuk dapatkan tilam yang selesa. Malahan, ada yang sanggup melabur sehingga mencecah 10 ribu 



Ringgit Malaysia dengan harapan kualiti tidur terjaga bersama tilam paling berkualiti. Betapa kita menjaga postur tidur kita untuk mendapatkan tidur yang lena tanpa gangguan.


Namun begitu, ramai yang terlepas pandang bahawa pentingnya penjagaan tulang belakangdengan cara duduk yang betul. Walhal, tempoh kita duduk sehari sebenarnya lebih 9 jam, terutamanya di pejabat. Bayangkan, kita duduk 9 jam setiap hari tanpa postur duduk yang sihat. Lama - kelamaan, akan memberi kesan tidak baik ada tulang belakang kita.



MENDIDIK DUDUK DALAM

POSTUR SIHAT

BERMULA DI RUMAH


Pendidikan awal bermula di rumah. Bagi individu yang bergelar ibu dan bapa muda, inilah saat penting mendidik anak-anak duduk dalam keadaan sihat tidak kira duduk beralaskan lantai mahupun kerusi yang berkaki.

Ini penting kerana apabila anank-anak sudah membesar pentingnya duduk dalam keadaan sihat, mereka akan lebih berjaga-jaga untuk duduk dengan cara betul dan mencegah berlakunya kecederaan pada tulang belakang.


Begitu juga kita yang sudah dewasa, kadang-kadang kita kerap berasa lenguh mehupunsakit belakang asbab salah duduk yang tidak ergonomik.

Leave a comment