USP SILLA™️

Reka bentuk model SILLA™️ ini adalah secara lengkungan pada permukaan duduk kerusi yang mengurangkan tekanan di belakang pada paha ketika duduk bersila yang boleh memberi bebanan pada kaki.


Reka bentuk belakang yang bersesuaian bagi menggalakkan kedudukan postur yang betul dan memberi sokongan pada tulang belakang bawah.

                                                                   Pemegang tangan yang direka bentuk 'smile' 'senyuman' ini, memberi makna simbolik ucapkan selamat tinggal kepada sakit belakang juga ketidakselesaan duduk tanpa menyandar dan memudahkan untuk mengangkat atau memindahkan kerusi

                                                                          



                                                                           

   Bahagian belakang dikelilingi tulang belakang kerusi dari pelbagai sudut. 


Terdapat kiraan 6 tulang belakang kerusi di bahagian atas, 6 tulang di bahagian bawah kerusi


Manakala 9 tulang belakang kerusi terdapat di bahagian kanan dan

tulang belakang kerusi pula di bahagian kiri belakang kerusi.



SILLA™️

Reka bentuk lebih diperkemaskan dengan bahan 100% polipropilena yang dijamin berkualiti tinggi dengan dimensi yang lebih tebal. Kekuatan impak yang diuji (bersandar) juga sesuai untuk berat badan sehingga 90 hiligram (tanpa tekanan kasar)

Kekuatan lenturan belakang yang fleksibel bagi menampung beban belakang badan yang menyandar dalam keadaan tidak statik.

Pemilihan bahan polipropelina ini juga memberi permukaan kerusi yang
lembut dan licin, tahan menyerap kelembapan, kalis air serta tahan lasak. Amat sesuai untuk kegunaan di dalam (indoor) mahupun aktiviti duduk di luar (outdoor)







Ini adalah aspek penting untuk ketahanan kerusi, juga keselamatan dan keselesaan pengguna. 


Tulang belakang kerusi tanpa kaki amat dititikberatkan dalam model SILLA™️. Berikutan, tampungan berat badan manusia adalah terus pada kerusi tersebut. 


Berlainan dengan kerusi berkaki, yang tampungan berat badan manusia adalah pada kekuatan kaki kerusi tersebut. 


Oleh itu, pemilihan material berkualiti yang disokong bersama tulang belakang kerusi adalah menjadi keutamaan dalam penghasilan KUSIKU® model SILLA™️




1. Tujuh lubang kecil yang disediakan pada tempat duduk kerusi ini bukan

saja-saja direka bentuk. Bertujuan memberikan pengudaraan yang baik ketika duduk bagi mengelakkan berpeluh.


2. Mengelakkan vakum terkumpul dan melegakan tekanan udara apabila

disusun serta memudahkan proses meleraikan kerusi



Model SILLA™️ sememangnya direka khas tanpa penggunaan kaki dan mempunyai struktur yang stabil dan tidak terbalik ketika duduk. 


SILLA™️ bukan sahaja selamat untuk diduduki tetapi ianya juga tidak meninggalkan mudarat kerosakan pada karpet atau kusyen yang berada di bawahnya.


Ini disebabkan reka bentuk bawah kerusi ini adalah cembung, iaitu melengkung ke atas (bahagian kiri, kanan, depan dan belakang kerusi). Ianya tidak menyentuh langsung pada permukaan di bawahnya. 


Reka bentuk sebegini adalah bertepatan dengan konsep ergonomik, iaitu kesesuaian sesuatu ciptaan dengan situasi tanpa meninggalkan sebarang

kesakitan kepada pengguna dan kerosakan pada sekeliling ketika penggunaan kerusi ini. 


Kerusi tanpa kaki ini boleh digunakan secara terustanpa perlu melibatkan sebarang pemasangan.

Pastikan anda mendapatkan Kerusi Tanpa Kaki yang terdapat logo jenama KUSIKU® di bahagian belakang penyandar kerusi.


Logo KUSIKU® secara keseluruhannya adalah melambangkan kemewahan, kekukuhan dan kestabilan.


Penggunaan font untuk KUSIKU® adalah simbol kepada keteguhan jenamanya. Pemilihan warna biru KUSIKU® adalah warna melambangkan kesihatan.


Untuk simbol dan warna emas pula menunjukkan KUSIKU® menawarkan

produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan mesra pengguna. Di samping mewakili suasana mesra dan santai bersama KUSIKU®. 

Tinggalkan komen